Maklumat Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masaPelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Kursus Tawaran di bawah SKK (M)

  • Sijil Servis Kenderaan Ringan 
  • Sijil Pemasangan Elektrik

 

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;

    ** bagi calon lepasan SPM 2012 dan tahun-tahun kebelakang, syarat- syarat lulus SPM adalah dengan lulus subjek Bahasa Melayu sahaja

    **bagi calon lepasan SPM 2013 dan tahun-tahun yang seterusnya, syarat-syarat lulus SPM adalah dengan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah

 

Tempoh Pengajian:

  • 20 bulan

 

Model Pengajian

  • Tempoh pengajian minimum 20 bulan
  • Penawaran secara sepenuh masa
  • Pelaksanaan secara modular. Tempoh setiap modul selama 4 bulan
  • Pelajar dianugerahkan Sijil Modular Kebangsaan (Lulus Arena Pembelajaran atau LA)
  • Latihan industri – jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau oleh Panel Penilai Luar/Industri

 

Bantuan Kewangan
Pemohon layak memohon bantuan kewangan pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) mengikut syarat yang ditetapkan.