Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Jempol

Kolej Komuniti Jempol merupakan sebuah institusi pendidikan awam yang terletak di dalam daerah Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah kawasan komuniti yang membangun di antara pekan Bahau dan Bandar Seri Jempol. Kolej Komuniti Jempol merupakan kolej komuniti yang pertama ditubuhkan di Negeri Sembilan dan merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti rintis Kementerian Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan pada 1 Jun 2002. 

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai bidang teknikal dan vokasional yang menepati kehendak pasaran semasa. Ia juga menjadi laluan alternatif untuk pelajar lepasan SPM, selain menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam program pembangunan komuniti setempat yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan tinggi. Seiring dengan perkembangan pesat dunia pendidikan, pelbagai program keperluan industri disediakan oleh Kolej Komuniti Jempol melalui program Sijil Modular Kebangsaan.

Matlamat pelaksanaan kursus pendek adalah untuk meningkatkan kemahiran dan taraf sosio ekonomi melalui program pembelajaran sepanjang hayat yang fleksibel. Peserta program ini terdiri daripada pelajar, penjawat awam, pekerja swasta serta komuniti setempat.

Kolej Komuniti Jempol berperanan melahirkan graduan separa profesional dalam bidang atau kursus yang ditawarkan bagi menampung keperluan tenaga kerja serta membantu negara dalam merealisasikan wawasan untuk menjadi sebuah negara industri menjelang tahun 2020.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 064540075 / 064540076
  • No Faks: 064540344
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Jempol, Taman Industri Mahsan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2